“Kalau Bergambar Sahaja, Anda Tak Beli Produk, Kami Mati”

Pelakon Zain Saidin menjelaskan isu dakwaan dia enggan bergambar dengan pengunjung yang tidak membeli produk jualannya di sebuah acara di Sabah baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Zain berkata dia hanya akan memberi peluang kepada peminat untuk bergambar jika membeli produk dijual.
BACA: “Kami Ada Usaha Cuma Tak Semua Diceritakan” – Zain Saidin
“Saya sampaikan kepadanya, boleh hendak bergambar dengan kami tapi beli produk dulu kerana bergambar bersama bukan kena bayar tetapi bila beli produk dan sokong kami, foto itu sebagai ‘free gift’.
“Kami bukan berlagak sebab tak mahu bergambar dan kecoh isu ini. Kami datang acara ini bukan naik pentas menyanyi dan sebagainya tetapi sebagai peniaga,” katanya.
Sementara itu, Zain berkata sebagai peniaga dia perlu menanggung banyak kos untuk membuka gerai jualan berkenaan.
“Kami bukan hadir sebagai artis jemputan dan dibayar sebaliknya membuka gerai jualan dan berniaga.
“Peniaga seperti kami perlu tanggung banyak perbelanjaan termasuk kos penginapan, penerbangan, bayar pekerja dan makan serta minum.
“Semua itu pakai duit. Jadi, bila mereka datang ke gerai jualan dan hanya untuk bergambar dan tetapi tak beli produk.
“Adakah kami ke sini hanya untuk bergambar sahaja kemudian balik? Boleh tak saya mintak semua gambar yang kalian ambil itu dan gunakannya untuk bayar segala bil selepas pulang nanti?” katanya.
Tambahnya lagi, Zain berkata dia bukan mahu berkasar membalas kecaman netizen, serta turut mencadangkan selebriti lain melakukan perkara sama.
“Kalau bergambar sahaja, anda tak beli produk, kami mati. Bukan nak berkasar tetapi bila orang serang dan tuduh macam-macam, tolonglah faham.
“Namun, saya sangat yakin dengan rezeki Allah. Produk kami pun berkualiti dan bukannya jual benda yang tidak bagus. Saya pun cadangkan artis lain buat begitu bahawa kita ini ada nilai,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source