Kanak-kanak autistik Fayyad Affan ditemukan meninggal dunia

BALING: Pencarian kanak-kanak autistik, Muhammad Fayyad Affan Mohd. Fakhri, 4, yang hilang sejak Jumaat lalu, berakhir apabila mayatnya ditemukan di Sungai Kupang, hari ini.
Ketua Polis Baling, Superintenden Azmi Mokhtar berkata, mayat kanak-kanak itu ditemukan kira-kira 500 meter dari rumah keluarganya.
“Mayat ditemukan oleh saudara-mara mangsa ketika mereka mencarinya di tebing sungai pada pukul 3.15 petang. Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, datuk saudara mangsa, Azman Saad, 53, berkata, mayat kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan tertiarap di permukaan sungai berkenaan.
“Sejak pagi lagi beberapa saudara kami lebih kurang tujuh orang memakai jaket keselamatan bergilir-gilir turun ke dalam sungai setelah pasukan bomba dan penyelamat menangguhkan operasi pencarian mereka petang semalam.
“Rasa kelegaan yang amat sangat apabila Fayyad telah ditemukan namun sedih yang amat sangat apabila Fayyad dijumpai dalam keadaan sudah tidak bernyawa,” katanya.
Menurutnya, keadaan jasad Fayyad tidak begitu sempurna dan reput disebabkan empat hari terendam dalam air sungai.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source