Pertimbang rencana lain henti keganasan di Palestin – PM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan segera untuk mempertimbang rencana-rencana lain bagi menghentikan keganasan Israel ke atas bumi Palestin.
Ketegasan itu disuarakan oleh beliau sewaktu berhubung dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdoğan menerusi telefon pada petang tadi.
“Petang tadi sempat sampaikan ucapan salam Aidilfitri kepada sahabat, Erdoğan dan keluarganya menerusi telefon.
“Saya turut nyatakan penghargaan atas perkembangan hubungan dua hala keduPALESa-dua negara yang semakin mengukuh terutama susulan kunjungan beliau ke Malaysia tempoh hari,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.
Anwar berkata, beliau dan Erdoğan juga membicarakan soal serangan ganas Israel yang kian memuncak di bumi Palestin tatkala umat Islam menyambut Ramadan dan Aidilfitri.
“Serangan sejak 18 Mac lalu telah membatalkan perjanjian gencatan senjata dan menggagalkan usaha damai yang sedang dirancang.
“Alhamudlillah, Erdoğan mengulangi pendirian tegas untuk terus bersolidariti bersama-sama saudara kita di Palestin,” katanya.
Katanya, dalam perbualan tersebut, beliau turut menerima jemputan daripada Erdoğan untuk berkunjung ke Turkiye.
“Semoga persahabatan erat kedua-dua yang kian mekar saat ini terus utuh dan membawa manfaat buat rakyat kedua-dua negara, insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source