Tak Berkenan Betul Orang Gelak Suka Pukul Orang, Tapi Part Air ‘Hijau’ Tu Macam Double Meaning Je

Dulu beria boikot air hijau, tiba-tiba dah boleh minum balik dengan alasan orang lain pun dah start minum? Perangai apa ni?
Video terbaru pempengaruh Syafiq Ahmad berjaya menarik perhatian kami kerana dilihat seolah-olah sedang menyampaikan mesej double meaning yang ditujukan kepada golongan yang beria memboikot tapi kini dilihat makin lemah.
“Orang kat luar sana minum….”
Inilah masyarakat kita, bila tegur sikit mula nak tunding jari pada yang lain. Kenapa tak salahkan diri sendiri dulu yang ‘lemah’?
Selain Syafiq Ahmad, seorang lagi pempengaruh terkenal chazynash juga dilihat sedang menyampaikan sindiran sinis kepada masyarakat yang dilihat sudah mula menganggap penindasan sebagai norma.
Terbaru 2 lagi pempengaruh memuat naik video yang seakan-akan sama menyampaikan mesej cryctic message. Adakah gelombang boikot akan kembali? Tepuk dada tanya iman.
Guna Produk Alternatif, Bantu Ekonomi Tempatan!
Sejujurnya, teguran pedas seperti ini memang ‘makan dalam’, tapi kadang-kadang itulah yang kita perlukan untuk sedar dan betulkan niat. Kenapa? Sebab boikot bukan sekadar trend, tapi satu usaha berterusan menolak jenama yang secara terang-terangan menyokong genosid. Yang lebih penting, ia juga peluang untuk kita menyokong jenama tempatan yang menawarkan alternatif berkualiti.
Selepas tragedi yang menimpa rakyat Palestin, semakin banyak jenama tempatan berinovasi untuk memenuhi permintaan pengguna. Salah satu jenama yang sebenarnya sudah lama berada di pasaran ialah Vico. Mungkin ramai tak tahu, Vico kini berevolusi dengan formula lebih sihat, mengurangkan gula sambil mengekalkan rasa enaknya.
Jadi, sampai bila nak sekadar ‘sembang’ tentang boikot tapi masih minum jenama hijau? Jom sokong produk tempatan dan pilih Vico hari ini!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source