[VIDEO] Tular atuk lempang budak main belon dalam masjid
![[VIDEO] Tular atuk lempang budak main belon dalam masjid [VIDEO] Tular atuk lempang budak main belon dalam masjid](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/03/TAMPAR-BUDAK-TULAR-VIRAL-MASJID.jpeg)
GEORGE TOWN – Seorang jemaah warga emas tular apabila dia bertindak melempang budak lelaki yang dipercayai bermain belon di ruang solat sebuah masjid di Sungai Ara di sini, hari ini.
Seorang jemaah masjid itu berkata, kejadian tersebut berlaku selepas selesai berbuka puasa kira-kira pukul 8 malam semalam.
Dakwanya, kanak-kanak lelaki itu bersama ibu bapanya datang dari Bertam dan singgah menunaikan solat maghrib di masjid berkenaan.
“Kejadian dikatakan berlaku ketika kanak-kanak itu sedang bermain di ruang solat. Datang seorang pak cik yang juga jemaah masjid lalu melempangnya.
“Insiden itu berlaku di depan bapa budak tersebut. Berlaku sedikit kekecohan antara pak cik dan bapa budak tersebut, namun berjaya ditenangkan oleh beberapa jemaah.
“Saya difahamkan, pak cik itu telah meminta maaf kepada bapa kanak-kanak tersebut dan insiden selesai secara baik,” katanya kepada Kosmo! di sini.
Kosmo! difahamkan, satu laporan polis dibuat keluarga kanak-kanak tersebut berhubung kejadian berlaku hari ini.
Terdahulu, tular rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pak cik berbaju melayu merah jambu dan berkain pelekat melempang budak lelaki berbaju kemeja-T biru.
Suasana sedikit tegang apabila bapa budak itu bangun daripada saf dan meluru ke arah warga emas tersebut sementara jemaah lain datang meleraikan kejadian berlaku.
Video yang dikongsi di Instagram Kosmo! turut mendapat pelbagai komen daripada pengguna media sosial termasuk anggota UNIC, Fakhrul Radhi (UNIC). – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source