112 orang cedera, 190 rumah terjejas dan 159 kenderaan rosak

PETALING JAYA: Penduduk sekitar Putra Height dikejutkan dengan letupan besar umpama letusan gunung berapi diikuti dengan kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height dekat sini, pagi ini.
Kejadian itu mengakibatkan penduduk setempat lari bertempiaran meninggalkan kediaman malah ada yang terjun ke sungai berdekatan akibat bahang kebakaran terbabit.
Siasatan awal mendapati, kebakaran berpunca daripada kebocoran paip gas sekali gus menyebabkan kebakaran saluran sepanjang 500 meter (m).
Letupan yang menyebabkan api menjulang tinggi dapat dilihat orang ramai sejauh beberapa kilometer malah mengakibatkan beberapa rumah terjejas teruk.
Setakat pukul 4 petang ini, Bomba Selangor mengesahkan sebanyak 190 unit rumah yang turut membabitkan 148 unit kereta dan 11 unit motosikal dikenal pasti rosak akibat kebakaran serta haba panas.
Sehingga kini, kerja-kerja overhaul atau cooling kebakaran rumah sedang dilakukan.
Berdasarkan video dan gambar dikongsi dalam media sosial, beberapa perkakas barangan rumah atau plastik cair bahkan kenderaan rosak dipenuhi debu akibat kejadian terbabit.
Sehingga kini, seramai 112 penduduk di Taman Harmoni dan Kampung Kampung Kuala Sungai Baru cedera yang melibatkan 49 rumah.
Daripada jumlah itu, seramai 63 individu dirawat di hospital di Putrajaya, Cyberjaya dan Serdang.
Kesemua mangsa mengalami cedera akibat melecur, luka dan sesak nafas.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap-siaga selain membuat pemeriksaan kali kedua di setiap rumah berhampiran lokasi kejadian bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap.
Pihak Petronas telah menutup empat injap utama sepanjang 32 kilometer bagi proses pelepasan gas secara semula jadi dan kebakaran selain dibantu anggota JBPM sebelum api dapat dipadam sepenuhnya dan ia dijangka mengambil masa kira-kira empat jam namun bergantung kepada keadaan.
Pihak berkuasa turut menasihatkan orang awam agar tidak mendekati kawasan terjejas selain untuk mengelakkan kejadian tidak diingini. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source