Anak Rita Rudaini Kekalkan Kejayaan, Raih CGPA 3.78

Pelakon Rita Rudaini berkongsikan berita gembira apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin sekali lagi berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Menerusi perkongsian di Instagram itu ,memaklumkan anaknya itu sekali lagi mendapat Anugerah Pengetua apabila meraih purata nilaian gred 3.78 dalam peperiksaan.
BACA: Raih CGPA 3.84, Anak Rita Rudaini Dapat Anugerah Pengetua MRSM
Menurut Rita, anaknya berkata tahun ini dia berada di tingkatan empat dan tahun paling mencabar. Rita turut menitipkan pesanan buat anaknya untuk mendengar kata guru serta tidak tinggal solat.
“Anugerah Pengetua MRSM SUBES harini. Alhamdulillah 3.78 tahun ni tingkatan 4 adalah tahun yang paling mencabar kata Ryan.
“Insyallah..dengar cakap mommy, dengar cakap ustazah dan guru-guru..jangan tinggal solat, bersahabat dengan Al-Quran, Insyaallah berjaya dunia dah akhirat. Flyhigh Airit Rayyan…ingat mommy ni your awan nano,” katanya.
Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah buat Rayyan serta berharap agar terus membanggakan ibunya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source