Api kebakaran saluran gas dipadam sepenuhnya 3.45 petang tadi

PETALING JAYA – Kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 3.45 petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata proses pemadaman kebakaran dijalankan di kawasan terjejas iaitu Taman Putra Permai 1 dan Kampung Kuala Sungai Baru.
“Kebakaran pada mulanya dapat dikawal pada pukul 1.30 petang sebelum dipadam sepenuhnya pada pukul 3.45 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ujar beliau, sebanyak 40 unit rumah terbakar di Taman Putra Permai 1 manakala 124 unit lagi terjejas.
“Sebanyak 148 unit kenderaan terbakar manakala 139 unit terjejas. Bagi motosikal pula sebanyak tiga unit terbakar manakala lapan unit lagi terjejas,” katanya.
Bagi lokasi di Kampung Kuala Sungai Baru, Wan Md Razali berkata, sebanyak 37 unit rumah terbakar manakala 24 unit terjejas diikuti dengan kedai (10 unit terbakar).
“Sebanyak 18 unit kenderaan terbakar manakala 21 unit lagi terjejas. Enam unit van terbakar diikuti dengan tiga unit bas serta satu unit lori turut musnah.
“Sebanyak 46 unit motosikal terbakar diikuti dengan enam unit motosikal terjejas,” katanya.
Katanya, jumlah keseluruhan premis musnah dalam kebakaran adalah 87 unit manakala 148 unit lagi terjejas diikuti dengan kenderaan (225 unit terbakar), terjejas (174 unit).
Sementara itu, beliau berkata kesemua mangsa ditempatkan di beberapa hospital berbeza iaitu Hospital Putrajaya (14 orang), Hospital Serdang (26 orang) dan Hospital Cyberjaya (25 orang).
“Hospital Ampang seorang mangsa diikuti dengan Hospital Kuala Lumpur (dua orang), Hospital Kajang (tiga orang) dan Sunway Medical Centre (43 orang).
Terdahulu Kosmo! melaporkan, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar mengesahkan kebakaran stesen minyak Petronas yang tular berlaku di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor.
Katanya menerusi kenyataan, aduan mengenai insiden berkenaan diterima pada pukul 8.23 pagi tadi dan kebakaran dikesan berlaku di saluran paip gas di stesen berkenaan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source