Jumlah pelaburan Pakistan di Malaysia cecah RM1.76 bilion – PM

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan jumlah pelaburan Pakistan di Malaysia telah berkembang baik dan kini mencecah sekitar AS$397 juta (RM1.76 bilion).
Perdana Menteri itu turut mengalu-alukan lebih banyak pelaburan baharu terutama dalam bidang pertanian, petrokimia dan biojisim dari negara tersebut.
“Kami juga sempat menilai semula memorandum persefahaman yang dipersetujui sebelum ini terutama terkait pelaburan, perdagangan, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan serta bidang sains. Insya-Allah, kami sepakat mahu menyegerakan sebarang urusan tertunggak untuk segera merealisasikan kerjasama ini.
“Bicara kami turut menyinggung perkembangan di Gaza tatkala Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dan menggagalkan usaha damai menerusi serangan ganas terhadap rakyat Palestin. Kami sempat bertukar pandangan dan menyelaras idea tentang menghentikan keganasan dan pemulihan semula Gaza,” kata beliau menerusi akaun Facebook rasmi Perdana Menteri.
Terdahulu, Perdana Menteri telah menerima panggilan rakan sejawat daripada Pakistan, Shehbaz Sharif dan sempat bertukar ucapan Aidilfitri dan mendoakan kebaikan buat rakyat kedua-dua negara sebelum berbincang terkait perihal hubungan dua hala Malaysia-Pakistan.
Tambah Anwar, beliau turut menantikan kunjungan rakan sejawatnya, Shehbaz Sharif yang akan berkunjung ke Malaysia buat pertama kali pada 9 Mei depan.
“Mendoakan semoga keberkatan Ramadan dan Aidilfitri membawa rahmat buat hubungan persahabatan Malaysia-Pakistan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source