Kebakaran saluran gas: 125 mangsa cedera, 78 rumah musnah

SUBANG JAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengesahkan seramai 125 orang cedera akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights dengan 78 rumah mengalami kemusnahan.
Menurut beliau, seramai 65 mangsa masih menerima rawatan, manakala 60 orang telah dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan.
“Kebakaran ini telah menjejaskan dua kawasan utama, Taman Harmoni di Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru, yang terletak dalam dua Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Seri Serdang dan Kota Kemuning.
“Sebanyak 78 rumah dan 10 unit rumah kedai terkesan, dengan keseluruhan kawasan kebakaran meliputi sekitar 28 hektar,” katanya dalam sidang aakbar di lokasi kejadian hari ini.
Amirudin turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri dan Petronas sedang menyusun pelan pemulihan jangka panjang, termasuk mencari tapak rumah baharu bagi penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
“Kerja-kerja pemulihan dijangka mengambil masa setahun dan penduduk yang terjejas akan ditempatkan di penempatan sementara sehingga rumah mereka dapat dibaik pulih atau dibina semula,” ujarnya.
Amirudin turut menjelaskan bahawa penduduk masih tidak dibenarkan kembali ke rumah masing-masing buat sementara waktu atas faktor keselamatan.
“Kami masih menilai risiko kesan susulan kebakaran, termasuk kemungkinan berlaku litar pintas.
“Penduduk hanya dibenarkan masuk semula selepas tempoh 24 hingga 48 jam, bergantung kepada keadaan,” katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa kawasan kejadian kini dikawal ketat oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang pencerobohan atau risiko keselamatan tambahan.
Mengulas mengenai punca kebakaran, Amirudin menegaskan bahawa siasatan masih dijalankan dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source