[VIDEO] Semua dah boleh tidur lena malam ni kan?
![[VIDEO] Semua dah boleh tidur lena malam ni kan? [VIDEO] Semua dah boleh tidur lena malam ni kan?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/03/bass.jpeg)
PETALING JAYA – “Dua oyen di hari raya.”
Itu kenyataan ringkas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebentar tadi namun berjaya meraih perhatian orang ramai.
Ia berikutan kapsyen yang dibuat di media sosial miliknya itu bukan sekadar ‘biasa-biasa’ tetapi mampu mengubat kerinduan para peminat fanatik ‘BASS’ kerana turut disertai video beliau bersama Bella Astillah.
Menerusi video berkenaan, mereka menyanyikan lagu raya popular ‘Meriah Lain Macam’ dendangan Hael Husaini dan Adeera secara ‘miming’ (menggerakkan bibir) sambil menari riang.
Hantarannya itu mengundang keterujaan para netizen yang sudah agak lama menantikan kemunculan pasangan berkenan malah ada yang secara berseloroh mengatakan mampu tidur lena, malam ini.
Dalam masa sama, netizen sekali gus mengumumkan bahawa warna oren adalah warna paling popular bagi Aidilfitri tahun ini.
“Akhirnya, kombo yang paling dinantikan. Boleh tidur tenang,” kata @haziq_hussni yang juga pengacara popular.
“Lama sangat Abe Wee kena ‘sidai’, akhirnya…cepat kahwin!,” ucap pempengaruh @weechuanchin.
“Ya la… ya la. Oren menang tahun ni,” ujar netizen yang lain.
“Oyen, mesti lah comel,” komen @amyleaazizan. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source