Intan Najuwa Tak Balik Raya Di JB, Risau Anak Tertekan Hadap Kesesakan Trafik

Pelakon Datin Intan Najuwa memberitahu dia tidak pulang ke kampung untuk hari raya tahun ini kerana tidak mahu anaknya, Imane Lunara tertekan kerana kesesakan lalu lintas yang teruk.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Intan berkata dia tidak pernah terlepas menyambut Syawal bersama keluarga di Johor Bahru dan meskipun tidak dapat pulang namun dia sentiasa teringatkan keluarga di sana.
BACA: Intan Najuwa Bawa Anak & Pembantu ‘Staycation’ Di Hotel Selama 7 Hari
“Tahun ini, kami team raya di Kuala Lumpur. Ia sangat sukar sebab kami sebelum ini tidak pernah terlepas untuk balik beraya di Johor Bahru.
“Lunara terlalu kecil untuk menghadapi kesesakan jalan raya. Kami tidak mahu dia tertekan kerana perjalanan jauh dan trafik.
“Walaupun kami tidak dapat pulang beraya ke kampung pada tahun ini, tetapi saya selalu fikirkan keluarga saya di Johor Bahru dan ini adalah raya pertama tanpa keluarga besar kami,” katanya.
Dalam pada itu, Intan berkata dia belum sedia untuk membawa anaknya menaiki kapal terbang apatah lagi Lunara masih lagi kecil.
“Saya tidak bersedia untuk membawa Lunara naik kapal terbang melalui segala tekanan ketika di berada di awan. Sejujurnya, saya agak gementar untuk naik kapal terbang dan disebabkan itu kami tidak ke mana-mana buat masa ini.
“Pun begitu, Intan berkata kemungkinan keluargnya akan datang melawat mereka ke Kuala Lumpur pada raya kedua nanti,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source