Lebuh Raya Karak sesak, perantau beransur pulang ke kota raya

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan sesak teruk susulan anak perantau mula pulang ke kota raya selepas dua hari meraikan Aidilfitri.
Menerusi tinjauan Kosmo! di televisyen litar tertutup Lembaga Lebuh Raya Malaysia, trafik perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dari arah barat setakat pukul 11.15 malam tadi.
Trafik dilaporkan sesak dari Bentong ke Genting Sempah dan KM28.7 ke Plaza Tol Gombak setakat.
Selain itu, aliran trafik juga dilaporkan tinggi di Lebuh Raya Utara Selatan (Selatan) di Hentian Pagoh ke persimpangan Pagoh, Tangkak ke Jasin, Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Seremban dan Bandar Ainsdale ke Nilai.
Situasi sama turut dilaporkan di Lebuh Raya Utara Selatan (Utara) melibatkan kawasan Tapah ke Simpang Pulai, Ipoh Utara ke Taiping Utara dan Bukit Merah ke Bandar Cassia.
Bagi arah selatan, trafik sesak dari Kepala batas ke Plaza Tol Hutan Kampung, Alor Setar Selatan ke Sungai Petani Selatan, Permatang Pauh ke Perai dan Alor Pongsu ke Bukit Merah.
Aliran trafik juga tinggi dari Kawasan Rehat dan Rawat Gunung Semanggol ke Changkat Jering, Kuala Kangsar ke Terowong Meru, Tapah ke Bidor, Sungkai ke Slim River dan Tanjung Malim ke Sungai Buaya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source