Mangsa pulang dari kampung, angka di PPS jadi 343 orang

SUBANG JAYA – Jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights mencatatkan peningkatan apabila seramai 343 orang daripada 90 keluarga direkodkan setakat 6 petang, hari ini.
Berdasarkan maklumat terkini PPS Selangor, jumlah tersebut melibatkan 121 lelaki, 115 wanita, 57 kanak-kanak lelaki, 46 kanak-kanak perempuan, dan empat bayi.
Selain itu, seramai 16 lelaki warga emas, 14 wanita warga emas, 14 lelaki orang kelainan upaya (OKU) dan empat wanita (OKU) turut berada di pusat pemindahan tersebut.
Terdahulu, jumlah mangsa di PPS itu direkodkan sebanyak 339 orang daripada 84 keluarga pada pukul 1 petang.
Ia membabitkan 119 lelaki, 116 wanita, 56 kanak-kanak lelaki, 44 kanak-kanak perempuan, dan empat bayi, selain lapan lelaki warga emas, 12 wanita warga emas, serta 20 OKU.
Peningkatan jumlah warga emas yang dipindahkan ke PPS ini dipercayai berpunca daripada ramai yang baru pulang dari kampung halaman sempena sambutan Aidilfitri.
Kepulangan mereka ke kawasan terjejas menyebabkan mereka turut terkesan dan perlu dipindahkan ke pusat perlindungan sementara. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source