“Apa Pun Terjadi Jika Perkahwinan Tak Kekal, Kena Ambil Gambar Keluarga”

Sambutan raya tahun ini berbeza buat pelakon Emma Maembong yang sebelum ini beraya dengan keluarga sendiri namun kali ini kembali beraya bersama keluarga.
Memetik Oh Bulan, Ema berkata meskipun sudah berpisah namun dia akan beraya dengan bekas suaminya, Shazli Azhaar di sebelah pagi kemudian ke rumah keluarganya.
BACA: Kakak Nafi Emma Maembong Bersekedudukan Dengan Teman Lelaki
“Tahun ni raya berbeza sikit sebab mula-mula beraya dengan keluarga, selepas itu ada keluarga sendiri dan sekarang kembali beraya dengan keluarga.
“Tapi apa yang pasti, tahun ini saya beraya untuk anak-anak. Untuk raya tahun ini, saya akan bawa anak-anak beraya di rumah bekas suami di sebelah pagi, selepas itu dia pula akan ikut beraya di rumah kami,” katanya.
Sementara itu, Emma berkata hubungannya dengan bekas suaminya masih rapat demi anak-anak dan bersepakat untuk mengambil gambar keluarga setiap tahun biarpun perkahwinan sudah berakhir.
“Sebelum ni saya pernah bercakap dengan bekas suami, apa- apa pun yang terjadi sekiranya hubungan perkahwinan kita tak kekal, kita tetap kena ambil gambar keluarga. Setiap tahun akan ada gambar bersama supaya anak-anak tahu, tiada apa yang berubah,” katanya.
Tambah Emma lagi, dia datang dari keluarga ibu bapa bercerai dan dia memahami perasaan anak yang inginkan keluarga yang sempurna.
SUMBER: Oh Bulan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source