‘Cakap tak berhenti’ – Ramai mula gelar anak Bella Syed Saddiq Jr.

PETALING JAYA – Bukan sahaja kisah cinta dengan Syed Saddiq yang menjadi bualan tetapi gelagat anak lelaki Bella Astillah iaitu Mohamed Ayden Adrean turut mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Perkara tersebut mula menjadi bualan ramai selepas tular video dikongsi Bella dengan memaparkan Ayden rancak berbual dengan Ahli Parlimen Muar itu.
Menerusi perkongsian video TikTok dimuat naik Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, Ayden dilihat seronok bercerita tentang pengalamannya ke taman tema di Genting Highlands.
“Kalau dia sudah mula bercakap, memang tak akan berhenti.
“Dia cakap mahu pinjam masa 20 minit tetapi sebenarnya dia sudah bercakap lebih daripada itu pun. Ara pun bosan duduk di tangga itu,” katanya dalam ruangan kapsyen.
Sementara itu, netizen dalam ruangan komen pula teruja melihat kemesraan antara Ayden dengan Syed Saddiq.
Malah, ada yang menggelar Ayden sebagai ‘Syed Saddiq junior’ disebabkan kepetahannya berkata-kata.
“Baru Syed Saddiq tahu macam mana rasanya bercakap dengan Syed Saddiq, lucu!
“Patutlah Bella okey sahaja melayan Syed Saddiq, rupa-rupanya sudah biasa dengar Ayden bercerita,” komen netizen.
Sebelum ini, keakraban Syed Saddiq dengan Ayden mula terserlah apabila kanak-kanak itu memanggilnya sebagai ‘dad’ iaitu ayah.
Perkara itu disedari ramai ketika Syed Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, membawa kanak-kanak berusia lapan tahun itu ke Parlimen bersama ibunya pada Februari lalu.
Terdahulu, hubungan rapat Bella dan Syed Saddiq semakin hangat diperkatakan selepas masing-masing dipilih menjadi duta sebuah jenama pakaian bagi koleksi hari raya.
Untuk rekod, Bella sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aliff Aziz sebelum bercerai buat kali kedua pada 13 Jun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source