Fulham cipta kejutan atasi Liverpool

LONDON – Impian Liverpool untuk mengukuhkan misi memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini sedikit terganggu selepas tewas mengejut 2-3 kepada Fulham di Craven Cottage, sebentar tadi.
The Reds hanya memerlukan 11 mata lagi untuk mengesahkan kejuaraan namun kekalahan kedua musim ini bakal memberikan satu lagi harapan kepada pencabar terdekat, Arsenal.
Terdahulu, pengendali Liverpool, Arne Slot mempertaruhkan barisan terbaik di jentera serangan apabila menyenaraikan Mohamed Salah, Cody Gakpo dan Diogo Jota, sebaliknya tuan rumah nyata lebih bersedia untuk melakukan halangan.
Bagaimanapun, segalanya sempurna buat The Reds yang membuka jaringan seawal minit ke-14 menerusi Alexis Mac Allister namun keceriaan itu hanya bertahan sembilan minit.
Bagaikan ada yang tidak kena, Liverpool mengharungi tempoh 14 minit paling sukar apabila melepaskan tiga gol yang memberikan kelebihan buat Fulham sebelum menuju ke bilik persalinan.
Ryan Sessegnon meledak gol penyamaan pada minit ke-23 sebelum Alex Iwobi dan Rodrio Muniz menambah gol kedua dan ketiga pda minit ke-32 dan 37.
Pemain gantian, Luis Diaz menghidupkan sisa perjuangan Liverpool apabila meledak gol kedua pada minit ke-72 namun ia seakan terlambat untuk mendapatkan jaringan penyamaan.
Kebangkitan yang diimpikan Liverpool seakan tidak kesampaian apabila Fulham dilihat begitu kukuh setiap kali melakukan tugasan bertahan. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source