Insiden Kebakaran Paip Gas Di Putra Heights, Ada Aduan Tapi Kontraktor Ada Permit & Ikut SOP – MBSJ

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengesahkan bahawa kerja-kerja penggalian paip kumbahan berhampiran lokasi letupan paip gas di Putra Heights dijalankan dengan permit yang sah dan mengikut semua prosedur ditetapkan.
Memetik laporan Kosmo! Online, Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Amirul Azizan Abd. Rahim, berkata kerja-kerja tersebut telah dipantau dan dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) selepas pihaknya menerima beberapa aduan daripada orang awam.
Aduan diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan, dan siasatan telah dijalankan di lokasi terbabit.
Hasilnya, kami dapati kerja pengorekan itu mempunyai permit sah daripada MBSJ dan Petronas serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Sebelum ini, beberapa penduduk tempatan menyuarakan kebimbangan terhadap kerja-kerja pengorekan tanah berhampiran lokasi insiden letupan dan kebakaran saluran paip gas bawah tanah itu.
Insiden yang berlaku pada pagi Selasa lalu menyaksikan api menjulang setinggi 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius. Kebakaran itu mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.
Ratusan kediaman mengalami kerosakan dan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Beberapa individu turut dilaporkan mengalami kecederaan dalam tragedi yang menggemparkan itu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source