Perak FC tamatkan kemarau kemenangan

kUALA LUMPUR – Hasrat Kuala Lumpur City melakar kemenangan hatrik dalam kancah Liga Super tidak kesampaian selepas tewas 1-2 kepada Perak pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Bekas pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Nur Azfar Fikri Azhar muncul wira The Bos Gaurus selepas menghasilkan gol kemenangan pada minit ke-80.
Tiga mata itu memastikan anak buah Yusri Che Lah menamatkan kemarau kemenangan sejak kali terakhir melakukannya semasa membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 7-0 di Ipoh, 26 Januari lalu.
Terdahulu, The City Boys memulakan aksi dengan langkah kanan apabila terlebih dulu membuka jaringan menerusi pemain naturalisasi negara, Paulo Josue pada minit ke-31.
Walaupun memiliki kelebihan, Perak nyata memiliki tuah di babak kedua dan usaha berterusan yang dilakukan membuahkan hasil apabila kembali menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Luciano Guaycochea pada minit ke-77.
Ketika tuan rumah terus bekerja keras untuk memperoleh gol kedua, nasib nyata lebih menyebelahi pelawat, menyaksikan Nur Azfar merobek gawang lawan buat kali kedua. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source