Myanmar mohon Malaysia bina hospital lapangan

KOTA TINGGI: Myanmar memohon Malaysia mewujudkan sebuah hospital lapangan susulan gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu 28 Mac lalu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, permintaan itu dinyatakan Myanmar semasa lawatan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan ke negara itu, baru-baru ini.
“Kita sebagai Pengerusi ASEAN mengambil peluang dan ruang untuk mengkoordinasikan bantuan bantuan yang perlu disampaikan kepada Myanmar.
“Saya difahamkan apabila Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mewakili Malaysia pergi ke Myanmar, ada permohonan dibuat oleh pihak Myanmar untuk beberapa perkara yang saya percaya akan dibawa ke pihak kerajaan untuk dibuat keputusan, antaranya Myanmar memang ada mohon kita menyediakan hospital lapangan.
“Ini perlu kita bincangkan secara lanjut. Dalam soal ini saya percaya semua negara yang membantu dia akan berpandukan perbincangan ataupun keputusan yang akan dikoordinasikan oleh pihak bertanggungjawab di Myanmar,” katanya ketika diminta mengulas bantuan dan misi kemanusiaan yang akan diberikan pasukan keselamatan susulan gempa bumi yang melanda negara berkenaan, baru-baru ini.
Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan, di sini hari ini.
Sabtu lalu, Mohamad bersama-sama pasukan Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan bagi Pengurusan Bencana ASEAN (AHA Centre) menyerahkan barangan Sistem Logistik Kecemasan Bencana ASEAN (DELSA) kepada Jabatan Pengurusan Bencana Myanmar.
DELSA adalah inisiatif di bawah AHA Centre yang menyediakan sokongan logistik kecemasan kepada negara-negara anggota ASEAN yang terjejas akibat bencana. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source