“Saya Kena Cari Lelaki Yang Ibu Boleh Rasa Auranya Okay”

Pelakon Sophia Albarakbah berkata jika berkahwin suatu hari nanti dia mahu mencari lelaki yang tidak semestinya perlu kaya tetapi perlu ada sifat pemurah.
Memetik Harian Metro, pelakon berusia 32 tahun itu berkata lelaki tersebut juga perlu diterima oleh ibunya serta seorang yang boleh menjaga dirinya dengan sebaiknya.
BACA: Netizen Dakwa Sophia Albarakbah Sengaja Tayang Lurah
Malah, keluarga juga boleh ‘masuk’ dengan lelaki berkenaan kerana apabila mendirikan rumah tangga bermaksud pasangan kita ‘berkahwin’ dengan keluarga juga.
“Saya kena cari lelaki yang ibu boleh rasa auranya okay. Pada masa sama, lelaki yang boleh menjaga saya bukan dari sudut kewangan saja tapi emosi juga.
“Tak semestinya lelaki itu kena kaya sangat. Kalau terlalu kaya tapi kedekut, tak boleh jadi juga. Kalau lelaki itu sederhana dan pemurah, dia pasti akan berbelanja untuk kita.
“Keluarga pun kena ‘ngam’ dengan lelaki itu. Sebab bila berkahwin, lelaki itu kena ‘berkahwin’ dengan keluarga saya juga,” katanya.
Dalam pada itu, Sophia mengakui sedia untuk berkahwin seandainya bertemu jodoh yang tepat serta menyasarkan paling lewat usia 36 tahun untuk mendirikan rumah tangga jika ada jodoh.
“Sasaran saya sekarang adalah terus bekerja sampai demi kestabilan kewangan. Jodoh itu nanti-nantilah.
“Kalau nak cakap sudah sedia hendak berkahwin atau tidak, saya rasa okay saja tapi bila saya pun tidak tahu. Saya sasarkan berkahwin paling lewat usia 36 tahun, tapi itu hanya rancangan saya saja,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source