“Saya Tak Sanggup Nak Cerita Keburukan Bekas Suami Lama”

Usahawan Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita berkata dia tidak akan sesekali menjaja aib empat perkahwinannya yang berakhir dengan perceraian.
Menerusi sesi live di Instagram, Bonda Rozita berkata cukuplah orang ramai mengetahui bahawa dia sudah berpisah daripada perkahwinan terdahulu.
BACA: “Rezeki Mak Saya Kahwin Baru” – Anak Sahkan Bonda Rozita Dah Kahwin
“Saya tidak sanggup nak cerita keburukan bekas suami lama saya, kehidupan saya ini anak saya pun tidak tahu. Memang saya kahwin cerai tapi sampai itu sahaja saya sanggup bercerita.
“Saya punya prinsip adalah saya yang melaluinya, anak saya tidak perlu tahu dan saya tak akan cerita aib. Saya berazam saya nak mati jumpa tuhan tanpa hisab,” katanya.
Sementara itu, Bonda Rozita berkata dia juga tidak berkongsikan kesusahan serta masalah dengan ahli keluarga dan hanya pembantu rumahnya menjadi saksi dugaan yang dilalui olehnya.
“Sejak saya hidup senang ini, tidak ada seorang anak saya tahu terperinci susah payah saya. Saya menangis sendiri dengan perangai semuanya, baik masalah perniagaan ke dalaman ke? Saya menangis ke sakit ke hanya pembantu rumah sahaja tahu.
“Jadi kalau korang ingat anak saya tahu semua benda, tak ada ! Sebab kalau saya cerita pada anak, dia orang pun tak boleh selesaikan masalah saya,” katanya.
Awal Mac lalu, anak kepada Rozita Ibrahim iaitu Nur Ain Sufiah akhirnya mengesahkan desas desus bahawa ibunya sudah pun berkahwin baru.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ain berkata pernikahan ibunya berlangsung mengikut hukum syarak serta meminta netizen supaya tidak mengecam secara berlebihan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source