Seorang maut, dua cedera insiden amukan di Felda Jengka 2

MARAN: Seorang lelaki maut manakala dua cedera selepas berlaku insiden pergaduhan membabitkan serangan bersenjata di Felda Jengka 2, di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, suspek, Hasdi Abdul, 57, dilaporkan mengamuk secara tiba-tiba dan menikam dua mangsa menggunakan sebilah pisau sebelum ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan kaki dan tangan terikat oleh penduduk kampung.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita bernama Nurin pada pukul 10.15 pagi yang memaklumkan berlaku kejadian pergaduhan di rumah bernombor 213, Felda Jengka 2.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek bertindak ganas apabila menyerang dua individu dengan senjata tajam sehingga mencederakan mereka.
“Mangsa pertama, Salma Mustapha, 52, mengalami kesan tikaman sedalam tiga sentimeter di bahagian perut, selain luka pada tangan kanan dan dagu. Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh dan dilaporkan stabil,” katanya kepada pemberita di sini.
Menurut Kim Wai, mangsa kedua, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, Mohammad Syahmil Iqbal Mohd. Samsuri turut cedera di paha kanan akibat tikaman dan sudah dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan.
Tambahnya, sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Jerik bersama Unit Risikan dan Operasi yang dikerah ke lokasi mendapati suspek dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan lebam dan kebiruan pada mata, selain tangan terikat.
“Pasukan perubatan dari Hospital Jengka mengesahkan kematian suspek di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat,” katanya.
Susulan kejadian, polis menahan empat lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam pergelutan dengan suspek dan mereka akan direman esok bagi membantu siasatan lanjut berhubung punca kematian lelaki berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah dengan senjata. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source