SMART Malaysia catat kejayaan selamatkan lelaki terperangkap

PETALING JAYA: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Myanmar menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia (MAS-01) selamat tiba di tanah air selepas berjaya melaksanakan kerja pencarian di tiga sektor kawasan gempa di negara berkenaan.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar berkata, apa yang lebih membanggakan pasukan tersebut berjaya menyelamatkan seorang lelaki berusia 47 tahun yang ditemui hidup selepas 72 jam tertimbus dalam runtuhan sebuah hotel di Sektor Sagaing, Myanmar.
Selain itu, SMART yang merupakan satu-satunya pasukan Urban Search and Rescue (USAR) antarabangsa yang beroperasi di sektor Sagaing itu berjaya mencatat kejayaan apabila menemui dan mengeluarkan 10 mangsa yang telah meninggal dunia termasuk empat kanak-kanak yang tertimbus dalam runtuhan.
“Pasukan SMART telah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di 11 kawasan runtuhan yang kebanyakan membabitkan struktur yang kompleks dan di luar keupayaan pasukan menyelamat tempatan.
“Tiga sektor utama yang dipertanggungjawabkan kepada MAS-01 SMART NADMA bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) adalah Naypyidaw, Mandalay dan Sagaing,” katanya selepas menyambut kepulangan 50 pegawai dan anggota MAS-01 di Markas SMART, Pulau Meranti hari ini.
Abdul Gapar berkata, misi ini telah memberi peluang kepada pasukan SMART menguji tahap kesiapsiagaan dan pematuhan kepada piawaian USAR antarabangsa.
Katanya, penyertaan Malaysia dalam misi ini juga membuktikan komitmen negara terhadap prinsip kemanusiaan dan solidariti serantau dalam pengurusan bencana.
Terdahulu, Pasukan MAS-01 SMART NADMA selamat mendarat di Lapangan Terbang TUDM Subang, pada jam 5 petang dengan menaiki dua pesawat pengangkut A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Ketibaan mereka disambut Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar dan Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus serta wakil-wakil Kementerian Luar.
Sebaik tiba, kesemua anggota pasukan telah menjalani saringan kesihatan yang dikendalikan pakar perubatan Kementerian Kesihatan dan disahkan berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal dan mental.
Dalam pada itu, Abdul Gapar berkata, kecekapan anggota SMART, penggunaan peralatan dan kelengkapan (SAR) yang canggih dan berteknologi tinggi, kerjasama yang harmoni dengan pasukan tempatan serta keupayaan taktikal pasukan MAS-01 mendapat penghargaan pemimpin dan komuniti setempat Myanmar.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source