[VIDEO] ‘Selamat kembali Sumandak Sabah dan semua pasukan SMART’
![[VIDEO] ‘Selamat kembali Sumandak Sabah dan semua pasukan SMART’ [VIDEO] ‘Selamat kembali Sumandak Sabah dan semua pasukan SMART’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/04/smart-myanmar.jpeg)
PETALING JAYA – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai misi kemanusiaan serta membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Sagaing, Myanmar telah selamat kembali ke tanah air hari ini.
Lebih membanggakan, pasukan yang terdiri daripada 50 anggota dan pegawai itu turut disertai seorang wirawati.
Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok DeMeteen, ketibaan pulang pasukan itu telah disambut di sebuah lapangan terbang.
Kelihatan dalam klip video terbabit adalah satu-satunya wirawati yang menyertai misi terbabit dan difahamkan wanita itu adalah anggota bomba.
“Wanita tunggal SMART ops Myanmar tiba di tanah air. Tahniah MAS-01,”tulis individu terbabit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen dan mereka bangga dengan wira dan wirawati yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
“Wira dan wirawati negara, terima kasih kerana membawa nama Malaysia ke persada dunia,”tulis @mando mane.
“Welcome back (selamat kembali) Sumandak Sabah dan semua,”tulis @Mohd Azrul Hadi Alim.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @@Abg Tuan.
“Selamat pulang insan-insan hebat, kamu yang terbaik,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE.
@fifyymahiran8 Buddy saya ba tu 😜 done claim @avlyanie ♬ original sound – DeMateen
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source