Dua penjenayah cuba samun guna parang diburu

SUNGAI BULOH – Polis sedang mengesan dua penjenayah bersenjata parang yang disyaki cuba menyamun dua rumah di Jalan Alam Suria, Seksyen 16, Puncak Alam, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian terbabit.
“Laporan daripada seorang lelaki berusia 44 tahun mendakwa melihat kelibat dua lelaki memakai pelitup muka dan bersenjata parang berada di belakang rumahnya kira-kira pukul 11 malam.
“Suspek bertindak mengacukan parang ke arah pengadu dan isteri menyebabkan isterinya menjerit meminta tolong sebelum kedua-dua suspek melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Mohd Hafiz berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman video dan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.
“Maklumat boleh disalurkan melalui Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Hafiz Seleman di talian 016-4507492 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source