Enam pelajar UIAM antara mangsa letupan Putra Heights

PETALING JAYA – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersedia memudahkan sesi pembelajaran pelajarnya yang terjejas dalam insiden letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya minggu lalu.
Pejabat Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) UIAM berkata, seramai enam pelajar yang terkesan dalam insiden tersebut menerima bantuan tunai dan kit makanan.
Katanya, kesemua mereka bagaimanapun tidak mengalami kecederaan. Dua daripada mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), manakala selebihnya menetap bersama ahli keluarga.
“Pihak kami sudah mendapatkan maklumat kerosakan harta benda dan perkara lain yang berkaitan.
“Kita juga menubuhkan kumpulan WhatsApp untuk berhubung dan memaklumkan mengenai bantuan yang disediakan. Setakat ini kita sampaikan kit makanan dan wang RM1,000 seorang,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut kenyataan itu, pihak UIAM menyokong hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang meminta institusi pengajian tinggi (IPT) memberikan fleksibiliti kepada pelajar yang terkesan dalam bencana dahsyat tersebut.
“Kita menyokong saranan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman yang meminta IPT beri fleksibiliti kepada pelajar terbabit. Mekanisme bagi memudahkan pelajar menyertai kuliah akan dibincangkan kelak,” katanya.
Terdahulu, KPT menyalurkan bantuan RM2,000 kepada penuntut IPT yang terkesan susulan insiden kebakaran tersebut.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Anesee Ibrahim memaklumkan, selain bantuan kewangan, pihaknya turut membawa pakar perubatan dan kumpulan sokongan psikososial untuk menyantuni mangsa terlibat.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source