Infotainment

LG Memperkenalkan Panel Paparan Yang Boleh Dilipat Pada Kedua-dua Belah

LG Memperkenalkan Panel Paparan Yang Boleh Dilipat Pada Kedua-dua Belah

rumahkabin black

Di acara CES 2023, selain daripada memperlihatkan siri televisyen dan paparan gaming yang baru, syarikat teknologi dari Korea Selatan tersebut turut memperlihatkan penawaran teknologi paparan baru untuk peranti-peranti masa hadapan.

Kedua-dua penawaran baru ini hadir dalam bentuk panel paparan yang boleh dilipat, satu untuk peranti pintar yang hadir dengan saiz lapan inci, dan satu lagi paparan 18 inci untuk komputer riba dan tablet.

Paparan lapan inci ini, yang dipamerkan pada sebuah peranti yang memiripi sebuah Samsung Galaxy Z Fold dinamakan 360-degree Foldable OLED yang mana paparan ini boleh dilipat pada kedua-dua belah peranti. Ia juga sudah diuji dengan jumlah lipatan 200 ribu kali.

LG Memperkenalkan Panel Paparan Yang Boleh Dilipat Pada Kedua-dua Belah
LG Memperkenalkan Panel Paparan Yang Boleh Dilipat Pada Kedua-dua Belah 3

Kesan lipatan pada panel ini juga dikatakan sangat minimal, dan membolehkan para pembuat peranti boleh-lipat untuk membangunkan peranti-peranti boleh-lipat yang lebih unik lagi di masa akan datang.

Panel kedua yang digunakan adalah untuk peranti kelas tablet dan komputer riba. Kelebihan panel ini, menurut LG selain daripada olahan warna yang terang ialah kesan lipatan yang diperlihatkan di panel adalah lebih sedikit berbanding dengan panel-panel yang ada di pasaran hari ini.

LG dijangka akan memperkenalkan panel ini kepada jenama-jenama peranti tidak lama lagi, dan menjelang tahun hadapan ataupun penghujung tahun ini, kita akan dapat lihat lebih banyak lagi peranti boleh-lipat serba baru di pasaran.

LG

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link