Pelaburan

Raja terakhir Greece meninggal dunia

Raja Constantine II

rumahkabin black

ATHENS – Raja terakhir Greece, Raja Constantine II meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Baginda meninggal dunia di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di sini.

Raja Constantine II menaiki takhta pada tahun 1964 semasa tempoh pergolakan dalam sejarah Greece yang memuncak dengan rampasan kuasa tentera tiga tahun kemudian.

Tidak lama kemudian baginda terpaksa melarikan diri ke luar negara berikutan rampasan kuasa balas yang tidak berjaya.

Kerajaan beraja kemudian telah dimansuhkan pada tahun 1973.

Kewarganegaraan Raja Constantine II kemudiannya dilucutkan.

Beliau berkahwin dengan Puteri Anne-Marie dari Denmark dan mempunyai lima orang anak.

Pada tahun 2002, beliau dan ahli keluarga lain menerima pampasan bagi harta-harta mereka di negara ini.

Baginda adalah seorang pelayar dan pernah memenangi emas dalam acara berpasukan di Sukan Olimpik 1960 di Rom.

Baginda kemudiannya berkhidmat dalam Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. – Agensi

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts