Athira Yuhada Tak Minat Nak Jadi Penyanyi
Isteri kepada pelakon sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Athira Yuhada berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat dia dan suami apabila ditanya mengenai dakwaan kini berbadan dua.
“No komen. Pasal anak saya tidak mahu komen. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya kepada Kosmo.
BACA: Kongsi Video Throwback, Hafidz Roshdi Buktikan Cinta Pada Athira
Atihira yang mendapat Sijil Kemahiran Malaysia kategori Nyanyian berkongsikan dia sudah terlibat dalam nyanyian sejak berusia 10 tahun.
Malah, sebelum ini Athira pernah menyertai pasukan Koir Kebangsaan dan kini bergelar tenaga pengajar di Permata Seni Koir (program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara) sejak lima tahun lalu.
“Tujuan saya mendapatkan sijil ini kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan membantu pengajaran saya nanti.
“Saya mengajar dalam subjek Teori Muzik kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 17 tahun. Saya mengajar tentang cara membaca nota dan bagaimana ingin menyanyi berdasarkan nota,” katanya.
Ditanya sama ada mahu menceburkan diri dalam bidang nyanyian, Athira berkata dia tidak berminat untuk bergelar penyanyi sebaliknya mahu menjadi tenaga pengajar.
“Tidak. Saya tidak berminat untuk jadi penyanyi. Saya anggap ini hanya hobi sahaja. Hafidz juga tidak mendesak saya untuk jadi penyanyi atau apa. Dia hanya menyokong minat saya,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source