Infotainment

Google Akan Terus Fokus Kepada Pembangunan Fuchsia OS Pada Tahun 2023

Google Akan Terus Fokus Kepada Pembangunan Fuchsia OS Pada Tahun 2023

rumahkabin black

Anda ingat lagi Fuchsia OS? Ia adalah sistem operasi baharu Google yang sedang dibangunkan dari asas termasuk dengan kernel tanpa bergantung kepada Linux seperti Android sekarang. Kami telah melaporkan pembangunan Fuchsia sejak dari tahun 2016 lagi. Antaramuka awal kemudian didedahkan pada tahun 2017, dan hari demi hari pembangunan sistem operasi ini semakin berkembang.

Google Akan Terus Fokus Kepada Pembangunan Fuchsia OS Pada Tahun 2023
dahliaOS berasaskan Fuchsia

Ia pertama kali diuji pada Pixelbook generasi pertama. Antaramuka baharu kemudian diperkenalkan, kakitangan veteran Apple kemudian menyertai pasukan Fuchsia, Samsung juga turut serta dalam pembangunan ini dan mungkin akan menggantikan Android untuk peranti mereka, dan untuk memastikan pengguna Android kelak tidak rasa aneh – aplikasi Android turut akan disokong seperti biasa sepertimana Apple menyertakan sokongan aplikasi iOS pada macOS.

Sejak dua tahun lepas, laman pembangunan sistem operasi ini telah aktif dan ia mula digunakan pada Nest Hub 2018 dengan jangkaan ia akan terus menjadi sistem operasi kepada peranti berhubung Google termasuk Nest Mini dan lain-lain.

Fuchsia OS dahliaOS januari 2022 02 950x625
dahliaOS berasaskan Fuchsia

Kini, 9to5Google melaporkan yang tahun 2023 Google akan lebih memfokuskan kepada pembangunan Fuchsia OS. Google dikatakan sedang mendapatkan lebih ramai pembangun untuk menjayakan projek ini. Sumber turut menyatakan yang Fuchsia mungkin sedang bersiap sedia untuk diumumkan kepada umum secara rasmi.

Semasa acara Google I/O 2019, eksekutif Google Hiroshi Lockheimer menyatakan sistem operasi baharu ini adalah untuk eksperimen dan mencuba idea baharu. Sementara salah seorang pembangun Fuchsia menyatakan, Fuchsia bukan pengganti Android – sebaliknya kod-kod sumber yang membolehkan produk lain dibina seperti sistem operasi untuk telefon pintar atau untuk peranti berhubung.

Google Nest Hub 2018 Fuchsia OS 950x534
Google Akan Terus Fokus Kepada Pembangunan Fuchsia OS Pada Tahun 2023 3

Google Nest Hub 2018 yang saya gunakan sekarang sudah pun menjalankan Fuchsia OS. Ia tidak memberikan sebarang pengalaman penggunaan baharu, kerana ia hanyalah kod asas yang berjalan di latar untuk memastikan “sistem operasi” Nest Hub boleh berfungsi seperti biasa. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai pembangunan Fuchsia OS ini.



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link