BANGKOK – Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) Thailand mengumumkan bahawa ujian saringan Covid-19 ke atas pelancong dari China tidak perlu dilakukan ketika ini meskipun dokumen vaksinasi akan diperiksa sebelum mereka memasuki negara itu, lapor laman berita Thaiger semalam.
Ketua Pengarah DDC, Tares Krassanairawiwong berkata, hampir lima juta pengembara China dijangka tiba di Thailand tahun ini selain perjalanan dari Thailand ke negara itu juga diramal meningkat.
Beberapa Ahli Parlimen Thailand sebelum ini memberi amaran agar kerajaan tidak mengambil ringan dan melaksanakan sekatan terhadap pelancong China yang berpotensi membawa virus Covid-19 kerana jika tidak, negara itu berisiko berdepan epidemik baharu.
Pengerusi jawatankuasa, Somwang Danchaivijitr berkata, langkah sedemikian perlu untuk mewujudkan keyakinan dalam kalangan pelancong dan sektor perniagaan di samping konsisten dengan amalan negara lain.
Meskipun ujian saringan di lapangan terbang tidak perlu dilakukan buat masa ini kerana risiko terkawal, pihak jawatankuasa telah menyediakan beberapa garis panduan untuk mengendalikan pengembara dari China bermula 8 Januari ini serta pelancong asing secara umum.
Antaranya adalah ujian secara rawak akan dilakukan ke atas pelancong yang masuk atau keluar dari Thailand bagi menilai tindak balas ke atas langkah dilaksanakan.
Selain itu, pengendali atau pekerja yang mungkin akan menjadi kontak rapat dengan pelancong perlu menerima vaksinasi lengkap atau sekurang-kurangnya dua suntikan penggalak.
Kemudahan-kemudahan awam juga akan bersiap sedia bagi merawat pengembara luar yang jatuh sakit, terutamanya di wilayah-wilayah tumpuan pelancong. – Agensi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Source link