Hartanah

21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan

fan 3

rumahkabin black

KETERUJAAN peminat Harimau Malaya untuk menyaksikan perhitungan separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menentang juara bertahan, Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini sedikit terbatas apabila jualan tiket tidak dapat dibuat mengikut kapasiti sebenar venue bekenaan.

Ia ekoran wujudnya struktur pentas konsert Jay Chou sekaligus menyaksikan sebanyak 21,000 tempat duduk di ‘rumah’ Harimau Malaya terpaksa dikosongkan

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, keadaan itu tidak dapat dielakkan dan jumlah kehadiran penyokong terpaksa dikurangkan berbanding 65, 147 penonton yang hadir ketika pertemuan dengan Singapura, malam semalam.

“Hanya sejumlah 59,000 keping tiket yang akan dijual bagi perlawanan separuh akhir pertama, Sabtu ini memandangkan sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.

“Situasi ini tidak dapat dielakkan yang mana FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah berusaha sedaya upaya mencari jalan penyelesaian terbaik dalam memastikan aksi skuad Harimau Malaya di sepanjang kempen kali ini tetap dapat dilangsungkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil berbanding jika ia diadakan di stadium lain yang berkapasiti lebih kecil.

“Diharap para penyokong Harimau Malaya dapat meneruskan sokongan padu di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada perlawanan separuh akhir pertama menentang Thailand, Sabtu ini, jam 8.30 malam,” katanya.

Tiket akan dijual pada harga RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi tempat duduk Terbuka, RM50 bagi tempat duduk Premium dan RM60 bagi tempat duduk Grandstand.

Setakat jam 8.30 malam tadi, FAM mengesahkan 36,018 keping tiket sudah pun terjual. – KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts