Infotainment

Honor X9a 5G Kini Rasmi Dengan Snapdragon 695 Pada Harga RM1499

Honor X9a 5G Rasmi 1 950x535

rumahkabin black

Honor X9a 5G telah dilancarkan secara rasminya hari ini dengan harga jualan RM1,499 sebuah. Melaluinya, cip Snapdragon 695 digunakan sekaligus menjadikan ia sebuah telefon pintar pertengahan dengan 5G terbina. Turut dimuatkan adalah memori 8GB RAM, RAM maya 5GB dan storan 256GB.

Honor X9a 5G Rasmi 1 950x535
Honor X9a 5G Kini Rasmi Dengan Snapdragon 695 Pada Harga RM1499 4

Seterusnya, ia juga memuatkan skrin melengkung sebesar 6.67-inci OLED FHD+ dengan kadar segar 120Hz. Kamera utama pula terdiri dengan 64MP (utama) + 5MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) yang diikuti dengan kamera swafoto 16MP. Turut disertakan adalah bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W.

Honor Rasmi 9 950x634
Honor X9a 5G Kini Rasmi Dengan Snapdragon 695 Pada Harga RM1499 5

Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan bluetooth 5.1, pembesar suara mono, sambungan port USB-C dan menjalankan MagicUI 6.1 berasaskan Android 12. Bagi yang berminat, ketersediaan adalah bermula hari ini dengan hadiah bernilai RM418 (berupa Honor Choice Earbuds X3 & pelindungan skrin retak sehingga 180 hari) yang diberikan secara percuma.

photo 6174800964960235989 y 950x534
Honor X9a 5G Kini Rasmi Dengan Snapdragon 695 Pada Harga RM1499 6

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts