Realme hari ini berkongsi berkenaan piawaian dan teknologi pengecacsan pantas terbaharu mereka, menawarkan sokongan pengecasan pada kadar 240W.
![Realme 240W 950x534 Realme Umum Sokongan Pengecasan Pantas 240W – Akan Datang Pada Telefon Mercu Realme Seterusnya](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/01/Realme-240W-950x534.jpeg)
Realme menjayakan perkara ini melalui penggunaan sebuah kabel khusus dengan pemindahan kadar 20V/12A, yang melalui tiga pengecas berbeza dalam menawarkan tenaga 10V/24A.
Realme turut menggunakan dwi-komponen GaN dalam menjayakan pengecas khusus ini.
Mengikut perkongsian Realme, pengecas ini dijangka akan menyokong sehingga 1600 kitaran pengecasan, tanpa memberikan impak besar kepada bateri.
![Realme240W Realme240W](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/01/Realme240W.jpeg)
Pada masa yang sama, Realme turut mengatakan telah mengambil pelbagai langkah keselamatan dalam memastikan eperanti tidak terjejas menggunakan pengecas ini.
Sokongan pengecasan ini dijangka akan hadir pada telefon pintar mercu Realme akan datang, tidak lama lagi.
Desain Rumah Kabin Rumah Kabin Kontena Harga Rumah Kabin Kos Rumah Kontena Rumah Kabin 2 Tingkat Rumah Kabin Panas Rumah Kabin Murah Sewa Rumah Kabin Heavy Duty Cabin Light Duty Cabin
Source link