Hartanah

[VIDEO] Kereta lembu atas jalan adalah latihan persiapan Thaipusam

WhatsApp Image 2023 01 05 at 23.13.34

rumahkabin black

SERDANG – Kereta lembu yang tular ditunggang di jalan raya oleh tiga lelaki di Jalan Besar, Seri Kembangan, di sini adalah bertujuan untuk berlatih bagi perarakan upacara sempena Thaipusam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalangan berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan satu video yang tular di media sosial berkenaan kejadian tersebut pada pukul 7 petang tadi.

Katanya, video tersebut memaparkan sebuah kereta lembu yang ditunggang oleh tiga lelaki di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati, rakaman tersebut dirakamkan pada Isnin lalu, kira-kira pukul 10 pagi sebelum tular di media sosial.

“Menurut pemilik kereta lembu terbabit, aktiviti tersebut merupakan latihan baginya untuk perarakan sempena Thaipusam yang bermula Februari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Anbalangan, tuan empunya kereta lembu tersebut juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Seri Kembangan dan menceritakan kejadian itu, hari ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 11 (c) Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan sekiranya menggunakan sebarang binatang di jalan awam agar mematuhi undang-undang dan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts