Hartanah

Kera geledah rumah, ganggu 90 keluarga di Jerantut

kera masuk rumah

rumahkabin black

JERANTUT – Kira-kira 90 keluarga hidup dalam kebimbangan dan keresahan berikutan kawanan kera kerap bertindak agresif menceroboh masuk ke dalam rumah mereka mencari makanan dan merosakkan peralatan dapur di Kampung Som di sini.

Kejadian yang mula berlaku sejak 2018 itu semakin menjadi-jadi sejak lima bulan lalu yang menyaksikan kawanan kera antara 50 hingga 80 ekor menceroboh rumah penduduk sehingga menakutkan penduduk khususnya wanita dan kanak-kanak.

Haiwan liar yang dipercayai datang dari Hutan Simpan Kenong itu semakin agresif menceroboh rumah penduduk untuk mencari makanan termasuk merosakkan perkakasan dapur.

Kawanan kera berkenaan dilaporkan tidak takut menceroboh masuk ketika penghuni ada di rumah malah semakin agresif ketika dihalau keluar.

Seorang peniaga kuih, Rahimah Ali, 42, berkata, kejadian itu semakin menjadi-jadi apabila kawanan kera kerap menceroboh masuk ke dalam rumah ketika dia berada di dapur.

“Saya berasa takut melihat haiwan liar ini masuk ke dapur dan menggeledah semua barang dan peralatan membuat kuih sehingga tidak mampu berbuat apa-apa lagi hanya sekadar menghalau.

“Boleh dikatakan seminggu antara tiga hingga empat kali kawanan kera ini masuk ke ruang dapur,” katanya.

Suami Rahimah, Mohd. Hasran Sahidan, 42, berkata, haiwan liar itu dapat lolos masuk ke dalam rumah menerusi celahan ruang kosong di bahagian bumbung.

Katanya, bukan sahaja barang dapur dimakan, malah bakinya akan dirosakkan.

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts