Dua tahun lepas, Razer telah mula memperkenalkan kerusi gaming tersendiri mereka di bawah siri Iskur. Sempena acara CES 2023, Razer seperti biasa telah memperkenalkan beberapa produk menarik dan salah satunya adalah aksesori untuk kerusi gaming. Tetapi produk ini, bukan sahaja untuk Iskur kerana ia turut menyokong kerusi jenama lain.
Produk ini adalah Project Carol. Ia merupakan sebuah kusyen kepala untuk dipasangkan pada kerusi gaming. Apa yang menarik dengan kusyen ini, ia mempunyai speaker stereo terbina.
![Razer Project Carol Rasmi 02 950x535 Razer Project Carol Adalah Kusyen Gaming Dengan Speaker Terbina](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/01/Razer-Project-Carol-Rasmi-02-950x535.jpg)
Sistem audio yang disokong dikatakan untuk memberikan pengalaman audio yang imersif dan juga secara menyeluruh melalui Surround Audio 7.1. Kemudian, ia turut menyokong sistem getaran haptik Razer HyperSense untuk memberi kesan getaran agar pengguna boleh merasai setiap getaran pergerakan dalam permainan video.
Buat masa ini, Project Carol masih lagi satu konsep dan tiada sebarang spesifikasi penuh, harga serta tarikh jualan.
Desain Rumah Kabin Rumah Kabin Kontena Harga Rumah Kabin Kos Rumah Kontena Rumah Kabin 2 Tingkat Rumah Kabin Panas Rumah Kabin Murah Sewa Rumah Kabin Heavy Duty Cabin Light Duty Cabin
Source link