Hartanah

Tuntutan saman Puteri Sarah terhadap Ira Kazar tidak terbatal

tuntutan

rumahkabin black

PETALING JAYA – Isu tuntutan saman dibuat pelakon, Puteri Sarah, mendakwa Ira Kazar mengganggu rumah tangganya, tidak terbatal meskipun telah sah bernikah dengan suaminya, Syamsul Yusof hari ini.

Peguam, Nor Zabetha Muhammad Nor berkata, isu saman tersebut yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan tetap diteruskan.

“Berkenaan isu saman sivil, ia dibuat kerana gangguan, tulisan atau muat naik luahan Ira Kazar yang dikatakan gangguan di sosial media atau di mana-mana platform.

“Jadi, seperti kenyataan Puteri Sarah, bicara kes akan berlangsung pada Ogos tahun ini.

“Perkahwinan itu tidak akan menggugurkan kes kerana tuntutannya mengenai perkara yang berlaku sebelum ini,” katanya hari ini.

Mengulas aduan dibuat Puteri Sarah ke pejabat agama terhadap Ira Kazar, Nor Zabetha berkata, implikasinya masih sama yang mana ia tidak akan digugurkan.

“Apabila aduan dibuat, jabatan agama akan buat siasatan sama ada terdapat elemen kesalahan.

“Memandangkan kes ini belum pun didakwa di mahkamah, barangkali ia dalam peringkat siasatan lagi dan tidak akan digugurkan,” ujarnya.

Sebelum ini, pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof telah berlarutan sejak empat tahun lalu.

Sehubungan itu, Puteri Sarah mengakui tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul yang dikahwininya sejak 2014.

Terdahulu, Syamsul akhirnya mengakui bernikah buat kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini. – KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts