Infotainment

Penukar Media Android 13 Akan Menyokong Spotify Connect Tidak Lama Lagi

Penukar Media iOS 16 01 950x534

rumahkabin black

Ciri penukar media pada iOS adalah antara yang terbaik. Apabila ada video atau audio sedang dimainkan, tekan sahaja ikon AirPlay pada Control Center dan akan ada pilihan untuk mainkan media tadi di sumber berlainan seperti aksesori audio, skrin pintar, atau AirPlay 2.

Penukar Media iOS 16 01 950x534
Penukar Media Android 13 Akan Menyokong Spotify Connect Tidak Lama Lagi 4

Pada Android, ciri lebih kurang sama mula diperkenalkan dengan Android 13. Pada peranti Android 13, jika ada media sedang bermain – pengguna boleh pergi talam notifikasi dan tekan ikon “This Phone” (jika secara lalai, media dimainkan pada peranti) dan akan ada tetingkap keluar memberi pilihan untuk kekal memainkan media pada peranti, pilih tukar ke aksesori audio atau lain-lain.

Penukar Media Android 13 Nothing OS 01 950x534
Penukar Media Android 13 Akan Menyokong Spotify Connect Tidak Lama Lagi 5

Terkini, Google dikatakan sedang bekerjasama dengan Spotify untuk menyertakan ciri Spotify Connect terus terbina pada penukar media di dalam pemain media Android 13. Ini bermakna, apabila anda menstrim audio dari Spotify menggunakan peranti – tekan sahaja ikon “This Phone” untuk pilih aksesori audio yang menyokong piawaian Spotify Connect. Tidak lagi perlu ke tetapan Bluetooth, tambatkan aksesori audio, buka aplikasi Spotify semula dan sebagainya.

Logo Spotify Connect 01 950x534
Penukar Media Android 13 Akan Menyokong Spotify Connect Tidak Lama Lagi 6

Untuk pengguna Spotify ini adalah satu ciri yang menarik. Tetapi ciri seperti ini biasanya pengeluar perlu aktifkan dalam pelancar masing-masing. Misalnya, pada peranti Pixel – penukar media ini sudah sedia menyokong Chromecast. Tetapi tidak kelihatan pada peranti Xiaomi, Nothing, Asus ROG Phone atau Oppo. Malah pemain media Android baharu juga masih dilihat ditawarkan pada peranti Pixel sahaja atau peranti Nothing yang menggunakan Nothing OS yang menghampiri Android asli.

Tidak pasti lagi bila ciri Spotify Connect ini akan dilancarkan dan bilakah semua pengguna peranti Android 13 dapat menikmatinya. Sama-sama kita nantikan.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts