Hartanah

Liga M sah akan gunakan VAR

hamidin

rumahkabin black

JAWATANKUASA Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal membuat pengumuman rasmi berhubung ketetapan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula tahun ini.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin, berkata perbincangan awal dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengenai perkara ini sudah pun dilakukan sejak kira-kira tiga bulan lalu.

“Jawatankuasa Pengadil FAM akan umum dan kalau semuanya berjalan lancar VAR akan digunakan tahun ini. Bukan untuk semua perlawanan, mungkin sebagai contoh bermula di suku akhir Piala FA atau pun Piala Malaysia.

“Perkara ini tidak boleh bermula dengan liga kerana ia melibatkan kos. Kita pun sudah hantar pengadil ke luar negara untuk jadi pengadil VAR, jadi saya harap peminat pun dapat bersabar,” katanya selepas dipilih sebagai penerima anugerah Ikon Sukan Kepimpinan Harian Metro pada Majlis Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro, malam ini.

“Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada penganjur kerana berjaya melangsungkan acara ini buat kali pertama,” katanya.

Sebelum ini, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi ciapan di akaun Twitternya menyatakan FAM dan MFL sudah bersetuju untuk menggunakan VAR dalam masa terdekat.

“Beberapa pengadil Malaysia sudah dihantar menjalani latihan bagaimana menggunakan VAR. Boleh rujuk dengan presiden FAM. Tahniah semua,” menurut ciapan Tunku Ismail.

Ditanya mengenai peluang Harimau Malaya yang bakal turun pada aksi kedua separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bertemu Thailand, Selasa ini, Hamidin sudah mengingatkan pemain supaya bersiap sedia daripada segi mental dan fizikal.

“Saya sudah jumpa pemain selepas perlawanan di Bukit Jalil dan saya akan ke Bangkok esok. Saya katakan kepada pemain, mereka kena bersiap sedia daripada segi mental dan fizikal kerana ia akan menjadi malam yang panjang,” katanya. – KOSMO ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts