Pelaburan

Anwar tiba di Sabah, dijadual bertemu pemimpin negeri malam ini

Anwar tiba di Sabah, dijadual bertemu pemimpin negeri malam ini

rumahkabin black

KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa di sini malam ini selepas melakukan lawatan rasmi dua hari di Indonesia.

Pesawat membawa pemimpin nombor satu negara itu tiba pada 9.41 malam dan disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick juga Naib Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan serta Setiausaha Agung Parti Warisan Datuk Loretto Padua Jr.

Anwar dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Presiden UMNO, dijadual menghadiri majlis bersama pemimpin negeri Sabah di sebuah hotel sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Jumaat lepas, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan pendirian UMNO dan BN Sabah untuk menarik sokongan terhadap Hajiji susulan hilang kepercayaan terhadap kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) telah dilanggar.

Bagaimanapun pada Sabtu, lima wakil rakyat BN menyatakan pendirian menyokong Hajiji dan merupakan antara 44 ADUN yang didakwa masih memberikan sokongan kepada beliau sebagai Ketua Menteri serta mengekalkan kerajaan negeri ketika ini.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link