Pelaburan

Dasar kawalan harga, subsidi ayam diteruskan sehingga mekanisme bersasar dimuktamadkan

MGF01072022 TINJAUAN KPDNHEP HARGA SILING 09

rumahkabin black

PUTRAJAYA – Dasar kawalan harga dan subsidi ayam diteruskan sementara satu dasar berkaitan mekanisme bersasar dimuktamadkan adalah antara syor yang dikemukakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat itu berkata syor lain yang dikemukakan ialah meneliti mekanisme harga dua peringkat yang melibatkan hanya 1.6 peratus daripada keseluruhan pengeluaran minyak sawit mentah bagi kemasan botol dan 8.4 peratus keluaran untuk kemasan berpaket.

Beliau berkata koordinasi rentas agensi perlu dilaksanakan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi meneliti penambahbaikan mekanisme pelaksanaan harga dua peringkat agar sebarang keputusan tidak memberi implikasi yang besar kepada pihak terlibat sama ada di peringkat industri mahupun pengguna.

Turut dikemukakan ialah syor supaya isu kos sara hidup ditangani dengan menggunakan polisi dan perundangan persaingan dalam memastikan pasaran serta industri yang sihat dan adil bagi melindungi kepentingan pengguna daripada ancaman kartel dan monopoli, katanya.

“Justeru, agenda memperkasakan agenda persaingan dan pasaran sihat dan adil turut diberi perhatian termasuklah pengukuhan MyCC (Suruhanjaya Persaingan Malaysia) melalui pindaan Akta Persaingan 2010 dalam sesi Parlimen hendaklah disegerakan di sekitar pertengahan tahun ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata syor yang dikemukakan dalam mesyuarat itu termasuklah memperbanyakkan jualan terus dari ladang oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Dijangka sebanyak 10,000 kali jualan di 1,793 premis jualan di seluruh negara. Harga yang akan ditawarkan juga dijangka lebih rendah daripada harga pasaran,” katanya.

Turut dikemukakan ialah syor supaya FAMA dinaiktarafkan sebagai Agensi Keterjaminan dan Sekuriti Makanan dengan objektif memastikan pengeluaran dan pengedaran makanan utama terpilih untuk negara dibuat secara konsisten, cekap dan cukup, katanya.

Ahmad Zahid berkata data-data daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Perangkaan Malaysia perlu digunakan bagi mengenal pasti segmen pasaran agar jualan lebih efektif dan memberi manfaat kepada golongan sasar.- BERNAMA

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts