Pelaburan

Jangan putus asa, cuba lagi

Jangan putus asa, cuba lagi

rumahkabin black

KUALA LUMPUR — Skuad Harimau Malaya perlu meneruskan usaha mengharumkan nama negara dalam arena bola sepak pada masa akan datang.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau berharap pasukan itu akan terus maju jaya dan memperbaiki corak permainan pada kejohanan akan datang.

“Saya percaya Harimau Malaya telah lakukan yang terbaik untuk Malaysia. Saya berharap dalam kejohanan akan datang, mereka akan terus maju jaya dan memperbaiki (corak) permainan mereka.

“Thailand memang kuat tetapi kita tak boleh berputus asa, dan kita akan cuba lagi,” katanya ketika ditemui selepas menonton perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF antara Malaysia Thailand di skrin besar di Dataran Merdeka, malam ini.

Terdahulu Hannah ke Pekarangan Perbadanan Putrajaya dan Stadium Kajang untuk melihat sambutan penyokong skuad Harimau Malaya yang menonton Skrin Besar anjuran kementeriannya.

Beliau ditemani bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Hannah berkata, berdasarkan sambutan rakyat yang positif, Kementerian Belia dan Sukan akan meneruskan konsep siaran langsung menerusi Skrin Besar itu.

746E4A13 B135 41E3 B0AC FF8696F3EC9C“Hari ini hari bekerja, esok pun hari bekerja tetapi kita dapat tengok ribuan (rakyat) keluar untuk menyokong Harimau Malaya.

“Program skrin besar KBS cukup popular dan kita akan teruskan konsep ini untuk kita buat outreach kepada rakyat Malaysia, supaya golongan tua muda dan muda dapat keluar menyokong,” katanya.

Siaran langsung skrin besar perlawanan separuh akhir kedua pada malam ini diadakan di 25 lokasi di seluruh negara, selain 19 universiti turut terlibat.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Thammasat Stadium, Bangkok, impian skuad kendalian Kim Pan Gon untuk melangkah ke perlawanan akhir tidak kesampaian apabila tewas 0-3.

Thailand yang tewas 1-0 kepada Harimau Malaysia pada perlawanan pertama separuh akhir mara ke final dengan agregat 3-1. – MalaysiaGazette

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link