Infotainment

Kecerdasan Buatan Neurapix Boleh Menyunting 600 Gambar Seminit Menggunakan Gaya Peribadi Pengguna

Neurapix B 950x535

rumahkabin black

Banyak masa kami habiskan menyunting gambar di Amanz sebelum sesebuah ulasan diterbitkan. Alangkah baiknya jika wujud sistem yang boleh memudahkan proses in. Neurapix sebuah syarikat pemula dari Jerman berkata mereka telah menghasilkan sebuah kecerdasan buatan yang boleh melakukan 600 suntingan gambar seminit selepas mempelajari gaya peribadi setiap pengguna.

Neurapix B 950x535
Kecerdasan Buatan Neurapix Boleh Menyunting 600 Gambar Seminit Menggunakan Gaya Peribadi Pengguna 4

Kecerdasan buatan ini ditawarkan sebagai pemalam untuk Adobe Lightroom yang diberi nama SmartPreset. Selepas mempelajari gaya suntingan, ia boleh mengurangkan masa yang dihabiskan oleh jurugambar dalam Lightroom sehingga 80%. Menurut mereka lagi suntingan yang dilakukan bukanlah sebuah preset tetapi berubah mengikut gambar berbeza.

Neurapix mengenakan bayaran $0.03 untuk memproses setiap gambar sehingga 1,000 gambar. Ia kemudian menjadi lebih murah $0.02 setiap gambar selepas itu. Sistem kecerdasan buatan menjadi semakin popular tahun lalu dengan ChatGPT, DALL.E 2 dan Stable Diffusion digunakan secara meluas oleh orang ramai. Penawaran Neurapix ini menarik tetapi adakah jurugambar ingin membenarkan karya mereka dihasilkan oleh kecerdasan buatan?

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts