Pelaburan

SPRM tahan pengarah, pemilik syarikat berkaitan kes tuntutan palsu RM20.3 juta

MGF03072018 SPRM LOGO01

rumahkabin black

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu, berkaitan insentif pembayaran projek ternakan bernilai RM20.3 juta pada 2015.

Sumber SPRM berkata, seorang lelaki berusia 51 tahun yang merupakan pengarah sebuah syarikat, ditahan di pejabat SPRM Negeri Kedah ketika hadir memberi keterangan kira-kira 1 petang tadi.

Manakala seorang lagi lelaki yang merupakan pemilik sebuah syarikat berasingan pula ditahan di kawasan rehat dan rawat Simpang Renggam, Johor pada 3 petang tadi.

“Penahanan tersebut ekoran maklumat mengatakan pada 2015, beberapa buah syarikat yang telah bersubahat mengemukakan tuntutan palsu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, sedangkan tiada pembekalan dibuat.

“Tuntuan itu adalah berkaitan insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu di bawah Kluster Tenusu Entry Point Project 13 (EPP 13) Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), yang bernilai sebanyak RM20.3 juta,” katanya di sini hari ini.

Katanya, SPRM akan mendapatkan perintah reman ke atas kedua-dua individu itu, esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

SPRM juga sedang mengesan saksi untuk diambil keterangan dan akan menahan individu lain yang mungkin terbabit dalam kes itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu. – Bernama

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts