Infotainment

Apple Watch Didapati Melanggar Paten Oksimeter Darah Dan Mungkin Diharamkan Di A.S

Apple Watch S6 02 950x533

rumahkabin black

Tahun lalu Apple didapati bersalah menggunakan teknologi yang dipegang harta inteleknya oleh LiverCor untuk sistem ECG Apple Watch. Di tahun 2023, permulaan untuk Apple sama seperti penghujung 2022 kerana mereka kini didapati bersalah melanggar paten untuk oksimeter darah yang dipegang oleh syarikat Masimo Corp.

Apple Watch S6 02 950x533
Apple Watch Didapati Melanggar Paten Oksimeter Darah Dan Mungkin Diharamkan Di A.S 4

Masimo yang merupakan pengeluar kelengkapan perubahan berkata Apple Watch Series 6 dan ke atas dilengkapi oksimeter dengan teknologi mereka tanpa lesen dibayar untuk menggunakannya. Oleh itu Masimo ini menanti untuk Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (USITC) mengeluarkan arahan supaya Apple Watch Series 6 dan ke atas dihalang daripada diimport masuk ke Amerika Syarikat.

Apple tidak bersetuju dengan pendapat hakim yang memberikan keputusan dan menanti keputusan USITC pula. Terdapat satu lagi saman kumpul difailkan ke atas Apple kerana sensor Apple Watch didakwa tidak memberikan bacaan yang baik untuk pemilik yang memiliki kulit gelap.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts