Infotainment

Beberapa Spesifikasi Samsung Galaxy A24 Tertiris Ke Arena Web

Samsung galaxy A23 J 950x535

rumahkabin black

Samsung Galaxy A23 telah dilancarkan tahun lalu sebagai sebuah peranti mampu milik dengan sokongan OIS. Dalam masa sama,ia juga menjadi pilihan para editor Amanz untuk kategori peranti terbaik di bawah RM1,000 pada 2022. Berkongsi pula mengenai model kemaskininya, sokongan kamera pada Samsung Galaxy A24 dipercayai menerima peningkatan untuk sistem kamera.

Samsung galaxy A23 J 950x535
Beberapa Spesifikasi Samsung Galaxy A24 Tertiris Ke Arena Web 4

Tetapi kali ini lebih tertumpu kepada kamera swafoto dengan sensor 13MP, yang mana lebih besar berbanding 8MP pada pendahulunya. Ini adalah hal yang sama dilakukan oleh Samsung pada Galaxy A14 sebelum ini yang turut menerima sokongan kamera swafoto lebih baik. Sementara itu, kamera utama pula mungkin masih sama dengan sensor 50MP dan sudut lebar sebesar 5MP. Tetapi Galaxy A24 mungkin tidak mempunyai sensor kedalaman, sekaligus seakan mengiyakan laporan yang tular sebelum ini.

Samsung galaxy A23 D 950x534
Beberapa Spesifikasi Samsung Galaxy A24 Tertiris Ke Arena Web 5

Sama seperti pendahulunya, Galaxy A24 juga dipercayai mempunyai bateri sebesar 5,000mAh. Ini sekaligus membolehkan peranti bertahan mencapai dua hari, seperti mana yang sering diiklankan oleh Samsung pada perantinya sebelum ini. Sistem pengecasan pula boleh mencapai 25W, tetapi tiada kepala pengecas yang akan disertakan di dalam kotak pembelian.

Sebuah acara pelancaran peranti Galaxy A telah dijadualkan berlangsung pada 18 Januari ini. Maklumat mengenai model masih menjadi misteri, tetapi ia disahkan hadir dengan skrin 120Hz, 5G terbina, bateri besar mencapai dua hari penggunaan dan sistem kamera yang baik. Adakah Samsung Galaxy A24 mungkin diumumkan melaluinya? Sama-sama nantikan.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts