Pelaburan

Angka korban akibat tanah runtuh di Indonesia meningkat kepada 25

0be96a44 fb67 4aee 905b 9578a4231640 1

rumahkabin black

JAKARTA – Angka kematian akibat tanah runtuh di wilayah barat Kepulauan Riau, Indonesia meningkat kepada 25, manakala 33 lagi masih hilang, menurut seorang pegawai agensi bencana pada Khamis.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di wilayah terpencil Natuna pada Isnin diteruskan dan jentera berat digunakan untuk menyokong operasi mencari, kata setiausaha agensi pengurusan dan mitigasi bencana Natuna, Syariffuddin Muhammad.

“Daripada 25 mayat, 21 daripadanya telah dikenal pasti. Jumlah mangsa mungkin meningkat dan pencarian masih diteruskan,” katanya kepada Xinhua menerusi panggilan telefon.

Kira-kira 1,300 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka selepas insiden itu manakala sekitar 100 keluarga akan dipindahkan, kata Ketua Badan Pengurusan dan Mitigasi Bencana Negara Suharyanto.- BERNAMA-XINHUA

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link