Infotainment

KDA ditunjukkan jalan keluar oleh Penang

WhatsApp Image 2023 03 08 at 23.59.35

rumahkabin black

ALOR SETAR: Ketangkasan penjaga gol Penang FC, Shafiq Afifi Suhaimi menghalang sepakan Lee Tuck dan Bojan Ciger meranapkan impian Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk melangkah ke pusingan kedua Piala FA apabila mereka tewas 4-3 dalam penentuan sepakan penalti setelah terikat 2-2 dalam tempoh 120 minit.

Kesungguhan KDA FC untuk menebus kekecewaan mereka akibat tewas kepada PDRM FC dalam saingan Liga Super Sabtu lalu, cukup jelas apabila mereka terus melancarkan serangan bertali arus sebelum pasukan bimbingan Nafuzi Zain itu berjaya membuka jaringan menerusi percubaan tepat pada minit ke-8.

Gol itu terhasil apabila hantaran lintang pertahanan kiri, Muhammad Ariff Farhan Md. Isa ke dalam kotak penalti lawan ditanduk keluar Rafael Vitor, namun bola itu tiba tepat kepada Kapten KDA FC, Manuel Ott di luar kotak penalti yang tidak berlengah melepaskan rembatan melepasi jangkauan Shafiq Afifi.

Tidak berhenti di situ, KDA FC terus garang menguji gawang pelawat pada minit ke-12, namun Willian Lira gagal memanfaatkan peluang ketika berada dalam kedudukan satu sama satu dengan Shafiq Afifi apabila tipu daya cuba dilakukannya, tidak menjadi hingga menyebabkan pertahanan Penang berjaya mencuri bola dan mengeluarkannya dari kawasan berbahaya.

Di sebalik keghairahan KDA menyerang, Harimau Kumbang sebaliknya memperolehi gol penyamaan pada minit ke-21 setelah pertahanan KDA FC, Mohd. Akmal Dzahir tergelincir ketika membuat kawalan terhadap pemain sayap kiri Penang dari Lubnan, Hassan Soony Saad.

Hassan tidak melepaskan peluang untuk membawa bola tersebut meluru ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan leret sebelum percubaan itu terkena kaki kiri penjaga gol Sang Kenari, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi lalu singgah tepat ke kaki rakan sepasukannya, Giovane Gomes Da Silva yang mudah menolak masuk ke gawang tuan rumah.

WhatsApp Image 2023 03 08 at 23.10.23 600x400
JARINGAN kedua Manuel Ott tidak berjaya menghadiahkan kemenangan kepada KDA FC yang tewas kepada Penang FC dalam aksi Piala FA di Stadium Darul Aman. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

Penang memiliki peluang untuk mendahului pada minit terakhir babak pertama apabila Hassan Soony dijatuhkan tonggak tengah KDA, Amirbek Juraboev di luar kotak penalti bagaimanapun sepakan percuma diambil sendiri pemain itu sedikit melewati palang untuk kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama.

Empat minit selepas perlawanan bersambung, gandingan satu dua antara Lira dengan pemain naturalisasi negara, Lee Tuck berjaya membantu penyerang dari Brazil itu berada dalam kedudukan satu lawan satu dengan penjaga gol pelawat, bagaimanapun Lira sekadar melakukan tolakan lemah yang dapat ditepis keluar Shafiq Afifi.

Tiga minit berselang, Lira sekali lagi berpeluang meletakkan Kedah di depan namun tandukan dilakukannya hasil hantaran silang Manuel Hidalgo dari sebelah kiri pintu gol Penang sekadar singgah di palang.

Penyokong tuan rumah tiba-tiba terkedu pada minit ke-67 apabila Penang berjaya menjaringkan gol kedua melalui Hassan Soony. Penyerang berusia 31 tahun itu berjaya menyelinap masuk ke kiri kotak penalti KDA untuk menerima bola dari Asnan, sebelum dia melepaskan rembatan bagi menewaskan Kalamullah dari jarak dekat.

Minit ke-82, Stadium Darul Aman yang dipenuhi lebih 13,000 penyokong gamat seketika apabila Manuel Hidalgo berjaya menewaskan penjaga gol Penang melalui rembatan kaki kiri, namun jaringan itu tidak dikira setelah dia terlebih dahulu dikesan berada dalam kedudukan offside.

Gol dicari tuan rumah untuk mengheret permainan ke masa tambahan akhirnya berjaya ditemukan pada minit ke-89 apabila Ott melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti menewaskan Shafiq Afifi, sekali gus menghidupkan semula gema sorakan di Stadium Darul Aman.

Perlawanan yang berlarutan ke penentuan sepakan penalti selepas itu menyaksikan empat pemain Penang iaitu Zaw Min Tun, Rafael Vitor, Muhammad Hadin Azman dan Mohammad Faris Shah Mohd. Rosli berjaya menyempurnakan tugasan diberikan.

Ketika Hidalgo, Balotelli dan Juraboev berjaya melakukan sepakan penalti sempurna, tendangan Lee Tuck dan Ciger ke bahagian kiri gawang pula berjaya dihalang Shafiq Afifi untuk mengecewakan penyokong setia Hijau Kuning.  –UTUSAN

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link